• Jenis Jenis Sihir

    Posted on April 12, 2012 by Kasturi Syifa Admin in Sudut Ilmiah.

    SIHIR PENGASIH

    Sihir pengasih adalah sihir yang dihantar supaya mangsa jatuh cinta,kasih dan sayang kepada orang yang memlikinya.Ia juga  dinamakan sebagai ilmu guna guna ataupun sihir percintaan.Perasaan cinta atau kasih yang dihasilkan melalui permainan sihir tidak sama dengan orang yang bercinta,iaitu rasa cintanya lahir daripada hati dan perasaan sebenar.

    Perlaksanaannya dapat dilakukan oleh bomoh bomoh ataupun pengamal ilmu pengasih yang berasaskan mantera mantera atau kaedah kaedah tertentu yang tidak menggunakan strategi psikologi bagi memikat.Cara yang dilakukan oleh bomoh bomoh sama seperti pengamal ilmu sihir yang lain,iaitu dengan memuja bahan bahan yang ditetapkan,menyeru jin jin supaya menganiaya mangsa tanpa disedari olehnya.Bahan bahan yang digunakan adalah minyak dagu atau minyak senyonyong.

    Pengamal ilmu pengasih pula membaca mantera lalu merenung muka mangsa yang menjadi sasarannya atau mantera di baca lalu dihembus kepada mangsa.Cara lain yang biasa diguan pakai adalah melalui penggunaan mintak wangi yang dicalit kepada mangsa atau penggunaan bedak yang dipakai pada muka.Ada juga pengamal yang menggunakan hembusan dan tarikan nafas sambil membaca mentera dan membayangkan dalam minda wajah individu yang menjadi sasarannya.

    Ada ketika ilmu ini digunakan kearah kebaikan seperti bagi menyatukan hubungan anatar suami isteri.Kita perlu sedar,tujuan tidak boleh menghalalkan cara.Penggunaan sihir walaupun tujuannya baik tetap diharamkan.Biasanya ,ilmu pengasih digunakan ke arah kejahatan dan kekejian seperti bagi memikat isteri atau suami orang,menundukkan gadis supaya berkahwin dengan penyihir walaupun mendapat tentangan daripada keluarga dan bersaing pada wanita yang hidup berpoligami.

    Sihir pengasih kadangkala digabungkan dengan sihir pemisah.Sebagi contoh,isteri pertama menundukkan suami dengan ilmu pengasihnya dan pada masa yang sama menghantar sihir pemisah kepada isteri kedua supaya bercerai dengan suaminya tadi.

    Selain tanda tanda umum yang sudah dijelaskan,terdapat juga tanda tanda spesifik bagi mengenali sihir jenis ini.

    #Mangsa mengalami rasa asyik bercinta dan sellau teringat kepada orang yang menyihirnya walaupun mangsa belum betul betul mengenali orang yang beliau cintai itu.Mangsa berasa seolah olah terpukau dan tidak rasional dalm berfikir.Penglibatan jin jin menimbulan daya khayalan yang kuat kepada mangsa,sehinggakan sukar untuk mereka ,melepaskan  diri daripada cengkaman sihir cinta itu.

    #Mangsa menurut sahaja apa yang disuruh oleh penyihir tanpa banyak soal,sepertii memberi wang dan membelikan hadiah yang mahal mahal sehingga kepada tahap sanggup mengorbankan maruah diri.

    #Mangsa tidak peduli lagi kepada pendapat ahli keluarga dan sanggup lari dengan pasangan yang menyihirnya itu.Pasangan yang berkahwin pula,mangsa berasa benci kepada pasangannya yang sah tanpa sebab yang munasabah.

    #Mangsa biasanya tidak ingat sepenuhnya perbuatan yang sudah dilakukan semasa bercinta dan sekiranya dapat mengingatinya semula,mangsa berasa menyesal serta terasa bodoh.Mereka mengadu,mereka tidak mampu mengawal diri kerana dirinya seolah olah dipukau.

    #Mangsa dibisikkan dengan bisikan jahat supaya melakukan zian dengan pasangan yang menyihirnya.Kehendak seksual seperti ini tidak dapat dikawal oleh mangsa.

    Sihir pengasih berbahaya serta mampu merosakkan keharmonian rumah tangga yang sah,merosakkan hubungan kekeluargaan,apabila anaknya berkahwin lari dengan pasangan dan menganiaya mangsa dari segi kewangan.

    Kaum perempuan terdedah kepada sihir ini tanpa mengenal usia mereka.Lebih afdal sekiranya semua orang is;am terutamanya perempuan membaca doa doa yang diamalkan nabi Muhammad,iaitu dengan membaca ayat Kursi dan berserah kepada Allah demi mendapatkan perlindungan daripada segala bahaya seperti sihir ini.


    Share and Enjoy:
    • Print
    • Digg
    • StumbleUpon
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Yahoo! Buzz
    • Twitter
    • Google Bookmarks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge