• PUKAU

    Posted on April 19, 2012 by Kasturi Syifa Admin in Sudut Ilmiah.

    •Pukau adalah sejenis ilmu sihir yang digunakan bagi menguasai fikiran manusia.Melalui sihir ini,minda,hati dan tingkah laku mangsa di pengaruhi secara jahat melalui bantuan jin jin yang mampu menguasai manusia yang lemah roh atau jiwanya.Terdapat beberapa versi ilmu pukau yang biasa diamalkan,iaitu:

    Pukau digunakan bagi mempengaruhi mangsa sehingga tidak dapat mengawal diri dan hanya menurut perintah.Mangsa menyerahkan apa sahaja yang ada di tangannya seperti wang,barang kemas dan mengeluarkan wang daripada akaun bank tanpa disedari.Keadaan ini digunakan oleh para penjenayah dan pencuri.Ia juga dinamakan sebagai ilmu penunduk.Ilmu ini kerap digunakan bagi menculik atau melarikan seseorang termasuk anak gadis atau kanak kanak.Mangsa mampu melupakan perihal kejadian itu atau berada dalam keadaan separa sedar,tetapi tidak berdaya berbuat apa apa.

    •Pukau digunakan sebagai ilmu pengasih.

    •Pukau yang digunakan oleh erompak bagi memasuki rumah yang mahu dirompak.Orang yang berada didalam rumah berasa mengantuk sehingga mereka semua tidur dengan nyenyaknya.sekiranya ada ahli rumah yang tersedar,mereka biasanya dalam keadaan separuh sedar dan seolah olah diikat serta tidak mampu bergerak atau menjerit bagi meminta pertolongan.Perompak perompak yang menggunakan sihir jenis ini biasanya memakan makanan yang ada dirumah mangsa,meninggalkan najis manusia,selipar atau kasut di luar rumah mangsa.

    •Pukau yang digunakan oleh penyihir bagi merubah pandangan realiti,kepada sesuatu objek atau perkara.ia dikenali dengan nama sihir takhyil di rantau Arab.Sebagai contoh,pada zaman Nabi Musa,tali yang dicampakkan itu kelihatan seperti ular.mangsa melihat seolah olah orang yang menyihir itu besar daripada bentuknya yang asal atau mangsa berasa seolah olah melakukan sesuatu,tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat apa apa pun.Mangsa melihat objek itu sedang bergerak,padahal objek itu tetap berada di situ tanpa berubah kedudukannya.Sihir jenis ini digunakan oleh ahli silap mata jalanan yang menggunakan ilmu hitam,seperti memotong tangan sehingga putus dan seterusnya memancut mancutkan darah tetapi hakikatnya itu hanya mainan ilusi oleh syaitan dan iblis ini.

     

    Ilmu pukau biasanya tidak menggunakan perantaraan bomoh kerana pengamal pengamal pukai itu sebenarnya bertindak sebagai tukang tuakng sihir.Ilmu pukau dapat disampaikan kepada mangsa melalui beberapa cara.

    •Pancaran mata beserta mantera.

    •Sentuhan,seperti berjabat tangan atau tepukan dibahu beserta mantera.

    •Penggunaan minyak wangi yang di calit sedikit.

    •Pemujaan jin dengan menjamu jin sebelum rompakan dijalankan

    Jin jin terlibat secara langsung kerana adanya ritual pemujaan dan penyeruan nama nama mereka dalam mantera.Penguasaan ilmu pukau kepada mangsa bergantung pada beberapa faktor.Mangsa yang mempunyai kekuatan jiwa atau kekuatan minda sukar dipukau.Mangsa yan menjaga hubungannya dengan Allah juga dilindungi Allah daripada bahana ilmu pukau.


    Share and Enjoy:
    • Print
    • Digg
    • StumbleUpon
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Yahoo! Buzz
    • Twitter
    • Google Bookmarks

2 Responsesso far.

  1. mizi says:

    kat tempat saya ada seorang yang mengamalkann sihir, dimana ramai orang kampung telah melihat sejenis makhluk seperti manusia setinggi sejengkal, ada yang mengatakan makhluk itu ialah toyol atau pun anak kerak. setiap malam selasa dan malam jumaat akan ada bau seperti kemenyan apabila lalu di kawasan rumahnya, mungkin masa itu dia sedang menjampi amalannya. dia juga menggunakan minyak orang mati dibunuh (minyak mati bunuh/minyak dagu) untuk tujuan mengkhinati orang, apabila mangsa tersebut sakit dia berpura2 merawat mangsa tersebut. dia juga boleh melakukan SANTAU kepada mangsa-mangsanya, bagaimanakah cara supaya segala perbuatan yang dia lakukan tersebut tidak terkena kepada orang lain dan supaya terkena kembali kepada diri dia sendiri.

    • Kasturi Syifa Admin says:

      Bismillahirrahmanirrahim..

      Islam telah memutuskan bahawa ilmu sihir ini adalah ilmu yang haram diamalkan. Bagaimanapun terdapat juga khilaf yang menyatakan bahawa ilmu ini harus diajar. Manakala sesetengah ulama lain menganggap, ilmu ini haram diajar.

      Namun, kedua-dua aliran ini sepakat menyatakan bahawa ilmu sihir ini haram diamalkan. Itu jelas. Tapi, kita berdepan dengan suatu masalah baru ketika membincangkan hal ini. Iaitu jika agama telah merumuskan bahawa ilmu sihir ini haram diamal maka kenapakah pihak pemerintah / penguasa, tidak mengharamkannya. Ini mungkin, untuk mensabitkan tuduhan bahawa si pulan adalah pengamal sihir sukar untuk dibuktikan, walaubagaimanapun sekiranya terbukti, terdapat sesetengah negara memberikan hukuman berat (pancung) kepada tukang sihir jika melibatkan ritual pembunuhan.

      Kami membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam/sihir dan soal balasan kepada pengamal sihir kita serahkan kepada Allah S.W.T untuk menghukumnya, kita sebagai hamba berdoalah agar pengamal sihir menerima hidayah Allah utk bertaubat.

      Sebagai anggota masyarakat di dalam kampung tersebut, sekiranya telah terbukti dan ramai saksi yang boleh mengesahkan terdapat pengamal sihir, maka nasihat kami buatlah aduan kepada pihak berkuasa Agama bagi menangani isu tersebut dengan penuh hikmah demi kebaikan kampung itu sendiri.

      Wallahua’lam.

      (no tel & nama orang yg disyaki oleh pengirim dipadamkan bagi mengelak ianya diketahui umum)

      Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge