• Tips Memagar Rumah

    Posted on February 28, 2012 by Kasturi Syifa Admin in Sudut Ilmiah.

    Ayat yang bagus juga dibaca sebelum memagar rumah bersama kasturi syifa’

    1. Beri salam apabila masuk rumah dengan ucapan:

    ‘Assalamualaikum..demi janji kamu dengan Nabi Sulaiman, keluarlah engkau dari rumahku dan jangan khianati sesiapa.’

    2. Doa untuk bakar jin atau gangguan di rumah sebanyak 3 kali :

    ‘Masya Allahu Kana Wamalam Yasya’lam Yakun Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim’.

    3. Surah Al-Jin ayat 1 hingga 15.

    4. Surah Assoffat ayat 1 hingga 10.

    5. Ayat Kursi

    Dikatakan doa di atas adalah doa Nabi S.A.W. yang telah di datangi syaitan yang mahu menyerangnya. Dengan membaca doa ini, akhirnya syaitan terbakar hangus. Surah Jin pula menerangkan tentang golongan jin manakala Surah Assoffat menerangkan kekuasaan Allah dan adanya satu bintang yang bernama Shihab iaitu bintang yang cerdik yang merejam syaitan dengan api dan paling ditakuti oleh syaitan yang mahu menaiki arash untuk mengetahui qada’ manusia. Terdapatnya tukang2 tilik yang menggunakan syaitan untuk melihat masa depan dengan cara sampai ke atas arash dan perkara ini amat bertentangan dengan ajaran Islam. Bintang Shihablah yang merejam syaitan dengan api untuk sampai ke sana dan syaitan amat takut dengan membaca ayat ini.
    TANDA TANDA KERASUKAN JIN

    TAnda tanda ini biasanya berlaku ketika pesakit sedang menjalani rawatan dengan perawat ataupun ketika pesakit berada dalam keadaan lemah ataupun jin yang menggangu itu berjaya menguasai pesakit sepenuhnya seperti kes histeria.Ia berlaku ketika ayat ayat Al quran dibacakan kepada pesakit.

    -Pesakit mengigil dan meronta ronta

    - pesakit menjerit,ketawa,mengilai ataupun menangis

    -Mata pesakit memandang dengan pandangan yang tajam seperti mahu mengancam.

    -Pesakit meminta bacaan Al Quran dihentikan.

    -Muntah muntah

    -batuk batuk

    - Pesakit yang langsung tidak sedarkan diri dan terus dirasuk jin seratus peratus.Pada ketika itu,pesakit mengeluarkan suara yang kasar dan berlainan daripada suara asal.Terdapat juga pesakit yang bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Siam dan Jawa.Malah,ada juga pesakit yang bertutur dalam dialek dialek negeri yang bukan dialek asal pesakit.

    -Pesakit menjadi kuat daripada tenaga asal.

    -Bukan semua pesakit yang mengalami kerasukan semasa dirawat.Ada yang masih berada keadaan separuh sedar iaitu pesakit dapat mengingat perkara yang berlaku tetapi tidak dapat mengawal diri.

    Melalui pengalaman kami,kebanyakan pengguna atau pesakit yang menggunakan kasturi syifa’ atau yg sedang diruqyah oleh para mua’lij di pusat rawatan kasturi syifa’ mengalami perkara yg tertera diatas.Semoga Alla berikan barokah supaya dapat kami terus membantu dalam membawa manusia ke arah yang hampir pada agama seterusnya menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan mentaati perintah Allah.


    Share and Enjoy:
    • Print
    • Digg
    • StumbleUpon
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Yahoo! Buzz
    • Twitter
    • Google Bookmarks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
p5rn7vb